Tuesday 31 July 2012

4 DOA YANG WAJIB KITA POHON DI BULAN RAMADHAN

1. SENTIASA BERSELAWAT PADA  NABI
2. SENTIASA POHON KEAMPUNAN ALLAH
3. POHON SYURGA DARI ALLAH
4. POHON PADA ALLAH AGAR DIHINDARKAN DARIPADA SEKSAAN API NERAKA 

Monday 30 July 2012

waktu mustajab doa

1. selepas solat
2. sepanjang bulan ramadhan
3. orang yang bermusafir
4. waktu malam
5. antara azan dan iqamah
6. doa seorang sahabat kepada sahabatnya
7. ketika khutubah dibacakan
8. ketika bersahur
 9. sepanjang hari jumaat
10. doa ibu bapa
11. doa seorang guru kepada anak didiknya
12. doa ketika sujud dan sujud akhir setiap waktu solat
 ada cadangan boleh komen lagi syukron selamat berpuasa semoga ibadah diterima Allah Amin

Friday 27 July 2012

ucapan jumaat

Assalamualaikum apa khabar semua... Salam  Jumaat buat semua..  Selamat menunaikan Solat Jumaat  semoga mendapat reda Allah dan rahmat keberkatan Allah Wahai orang orang yang beriman janganlah kamu mati melainkan dalam iman dan islam perbanyakan selawat kepada nabi  semoga mendapat ganjaran dari Allah lebih lebih lagi di bulan Ramadhan digandakan sebanyak 70 kali ganda bulan berkat bulan perniagaan dan perlaburan dengan Allah 

empat golongan orang yang doa nya tidak ditolak

1. seorang imam yang disenangi oleh mukmunnya
2. seorang peminpin yang adil dalam pemerintahannya
3. seorang yang dizalimi
4. orang yang berpuasa sehingga dia berbuka 

Wednesday 18 July 2012

‎10 Mudarat makan berlebihan di bulan Ramadhan


‎10 Mudarat makan berlebihan di bulan Ramadhan

Imam al-Ghazali di dalam kitab Manhaj al-Abidin mengingatkan kita bahawa perut adalah anggota yang paling sukar dijaga sekalipun di kalangan ahli ibadat.

Justeru, beliau telah menyenaraikan 10 kemudaratan berpunca daripada pengambilan makanan yang berlebihan;

Pertama: Hati menjadi keras
Makan banyak bukan sahaja menjadikan hati semakin keras, malah cahaya akan pergi dan padam.

Kedua: Menimbulkan fitnah kepada anggota badan
Apabila perut kita kenyang yang berlebihan akan menambahkan kecerdasan kepada anggota badan yang lain. Anggota lain akan bergerak cergas melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan mensia-siakan. Mata akan menjadi liar, telinga akan mendengar yang sia-sia, lidah akan banyak berkata-kata, seterusnya semua anggota kaki, tangan dan lain-lain akan bergerak cergas.

Ketiga: Melemahkan fikiran
Orang yang banyak makan akan menjadikan fikirannya lemah, lembab dan tidak bertenaga. Apabila anggota lain menjadi lemah, secara tidak langsung fikiran dan minda menjadi lemah. Makanan yang berlebihan melemahkan ingatan, melambatkan hafalan dan memadamkan apa yang disimpan dalam ingatan, seterusnya menghilangkan kecerdikan. Abu Sulaiman Abdul Rahman Al-Darani mengatakan bahawa apabila kita menginginkan sesuatu, maka jangan kita makan sehingga apa yang kita ingini berhasil. Ini kerana dengan makan boleh mengubah fikiran kita.

Keempat: Mengurangkan ibadat
Perut yang berlebihan kenyang akan menjadi badan semakin berat dan sukar untuk bergerak cergas. Mata akan menjadi mengantuk, kaki, tangan dan anggota lain menjadi lesu dan perlu kepada kerehatan. Akhirnya kita akan tertidur dengan nyenyaknya.

Kelima: Menghilangkan kemanisan beribadat
Makan yang berlebihan akan mengurangkan kemanisan beribadat. Sayidina Abu Bakar RA pernah mengatakan bahawa dirinya tidak pernah merasai kenyang semenjak beliau memeluk agama Islam agar dirinya mendapat kemanisan beribadat. Dirinya tidak pernah puas minum dengan harapan untuk bertemu Allah.
Sembahyang yang dilakukan dalam keadaan kekenyangan tidak mendatangkan khusyuk. Maka sebab itulah salah satu Allah mewajibkan ibadat berpuasa sebagai salah satu latihan fizikal agar kita mendapat kemanisan beribadat.

Keenam: Terdedah kepada perkara syubhat dan haram
Makan yang berlebihan mudah terdedah dan terjerumus kepada syubhat dan haram. Menurut Imam al-Ghazali makanan yang halal itu hanya datang kepada kita sekadar untuk menjadi makanan. Pada hakikatnya harta yang syubhat dan haram itu banyak dan mudah diperoleh.
Bahkan kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa bersusah payah, berusaha keras, tanpa penat dan lelah, tanpa masa yang lama dan tanpa diduga oleh kita. Namun harta yang halal dan bersih lagi suci itu sedikit dan sukar diperoleh.

Ketujuh: Menyibukkan hati dan badan
Manusia sentiasa sibuk dan resah apabila memikirkan tentang makanan. Masa yang banyak dihabiskan untuk menumpukan kepada makan dan minum. Bermula memikirkan tentang apa yang ingin dimakan, kemudian difikirkan pula soal penyediaannya sehinggalah selesai.
Imam al-Ghazali menjelaskan begitu ramai manusia menghabiskan usia kerana makan, apatah lagi cara penyediaan makanan hari ini dengan pelbagai menu sehingga berjam-jam lamanya. Berbeza kalau dilihat pada bulan Ramadan, suasana pada siang harinya tenang.

Kelapan: Bebanan urusan akhirat
Pesanan daripada Rasulullah SAW bahawa seseorang yang menikmati kelazatan dunia yang berlebihan akan menerima banyak halangan, kesusahan dan kepayahan semasa sakarat al-maut dan di akhirat.
Kelazatan di akhirat akan berkurang mengikut kadar kelazatan yang dihabiskan di dunia. Sekiranya di dunia dihabiskan masa dengan kemewahan, kesenangan, keseronokan maka pastinya banyak sekatan, tapisan yang akan dihadapi untuk menuju ke syurga. Di akhirat nanti akan melambatkan urusan untuk ke syurga.

Kesembilan: Kurangnya ganjaran pahala di akhirat
Sesungguhnya kelazatan negeri akhirat akan berkurang berdasarkan apa yang kita ambil daripada kelazatan di dunia. Justeru, Allah akan memberi jaminan tidak sesekali akan mengurangkan kelazatan di akhirat.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Kamu telah habiskan nikmat-nikmat kesenangan kamu dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya; maka pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghina kerana kamu berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tidak berdasarkan alasan yang benar, dan kerana kamu sentiasa berlaku fasik.

Kesepuluh: Tertahan di Padang Mahsyar
Makan berlebihan akan tertahan di Padang Mahsyar kerana kiraan hisab amalan. Kita juga akan mendapat celaan dan cemuhan malu kerana tidak mementingkan soal adab. Ini kerana berlebihan itu sebenarnya adalah menurut hawa nafsu syahwat. Setiap amalan yang halal itu tidak akan terlepas daripada kiraan hisab Allah. Tempoh yang lama di padang Mahsyar akan melambatkan kita memasuki syurga Allah.

Bulan Ramadan mendidik umat Islam agar bersifat sederhana terutama dalam urusan makan semasa waktu berbuka. Elakkan daripada berbelanja dengan membeli makanan secara berlebihan agar kita tidak terjerumus kepada perkara yang haram iaitu pembaziran dan pemborosan yang menjadi amalan syaitan.

Amalan bersederhana ini akan menyelamatkan diri kita daripada 10 perkara yang merosakkan ibadat akibat daripada makan yang berlebihan, dan mengelakkan diri daripada ditimpa penyakit. Ini kerana punca segala penyakit fizikal juga adalah berpunca daripada amalan pemakanan yang salah.

●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●

‎10 Mudarat makan berlebihan di bulan Ramadhan

Imam al-Ghazali di dalam kitab M...

Monday 2 July 2012

Ramadhan BULAN MULIA

Bulan RAMADHAN adalah satu bulan yang diturunkan oleh Allah untuk hamba hambanya beribadat kepada Allah. Bulan Ramadhan bulan kesabaran. Bulan untuk kita menahan Bulan untuk mengumpul pahala Seperti mana firman Allah Di dalam Al Quran Wahai orang orang yang beriman diwajibkan kamu berpuasa seperti mana orang orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa AL BAQARAH 183 Setiap malam pada bulan Ramadhan pasti ada hamba Allah yang dibebaskan daripada seksaan api neraka . ramadhan diturunkan Al Quran sebagai petunjuk dan panduan ke Orang orang yang beriman. Setiap hari dalam bulan Ramadhan pasti ada satu doa yang akan dimakbulkan oleh ALLAH YANG PENYAYANG

Sunday 1 July 2012

doa senjata orang mukmin

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah LAGI maha Penyayang ampunilah segala dosa dosa kami satukan hati hati kami jadikan kami orang orang yang bertaqwa masukkan kami ke dalam syurgamu tambahkan ilmu ilmu yang bermanfaat kepada kami kurniakan kami daya ingatan yang kuat kurniakan kami pasangan yang menyenangkan hati kami dan jadikan kami peminpin bagi orang orang yang bertaqwa kurniakan kami kebaikan di dunia dan akhirat tunjukkan kami jalan yang lurus pemudahkan urusan kami dunia akhirat murahkanlah rezeki kami tutupilah segala keiaban kami berikan lah kami kesihatan yang baik ampunlah segala dosa dosa ke dua ibu bapa sahabat sahabat pensyarah pensyarah dan zuriat keturunan kami amin ya allah juahkan kami dari hutang pituang sampaikan hajat kami untuk menunaikan umrah dan haji YA ALLAH BERIKAN KAMI KEPANDAIAN DALAM MEMBACA AL QURAN DAN MEMAHAMI MAKSUDNYA YA ALLAH JADIKAN KAMI MAHASISWA YANG BERJAYA DUNIA Akhirat INSYAALLAH