Wednesday 15 February 2012

Generasi Y di RTM!

 Assalamualaikum semua, di harap semua berada dalam kondisi yang sihat disamping keluarga tercinta!
Entry kali ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya di RTM untuk rakaman rancangan Generasi Y dengan topik " Rasulullah Ikon Terulung"

 Pada 31 Januari 2012, saya dan rakan seperjuangan saya telah dijemput oleh pihak RTM untuk menonton rakaman  'Talkshow' iaitu Generasi Y bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Topik yang menarik pada hari itu adalah mengenai " Rasulullah Ikon Terulung " yang dihoskan oleh Muaz Muhammad beserta dua tetamu jemputan yang sangat saya gemari iaitu Imam Muda Ashraf dan Professor Dr Lutfi Muhammad.

Nabi Muhammad SAW adalah Rasul dan Nabi pilihan. Beliau merupakan Rasul terakhir kepada manusia. Tidak perlu dipertikaikan kehebatan Nabi Muhammad yang sememangnya terserlah dari segenap aspek. Adab dan akhlaknya dibentuk sempurna sebagai makhluk Allah Taala dari kecil sehingga kewafatannya. Beliau dikagumi semua umat Islam kerana keperibadiannya yang terpuji.
Jika didunia ini, ramai yang mengagungkan kemewahan dan kekayaan harta benda, tetapi jika mempunyai akhlak dan budi pekerti yang mulia, adalah jauh lebih baik untuk dicontohi oleh orang lain berbanding dengan harta kekayaannya.Fikir - fikirkanlah!

Ini adalah gambar kenangan semasa di RTM.





No comments:

Post a Comment