Thursday 21 June 2012

PENGORBANAN SEORANG GURU

Kita memang tidak mengerti apa apa sejak kita dilahirkan. Ibu bapa adalah guru kita yang mendidik kita sejak kecil bermula dari kandungan lagi bermula dengan memasukan kata yang baik ke dalam deria perdengaran bayi.  Seterusnya apabila lahir ke dunia si ayah akan azan dan iqamat ke dalam deria pendengaran anak -anak.  Nabi bersabda bayi yang baru lahir ibarat kain putih terpulanglah kepada ibu bapa yang mecoraknya sama ada untuk menjadi baik atau buruk  Nabi bersabda lagi di dalam badan manusia ada seketul daging jika baik daging itu maka baiklah seluruh badan itu dan sebaliknya jika buruk daging itu maka buruk seluh hati itu. Apabila memasuki alam persekolahan tugas mendidik itu digalas oleh seorang insan mulia yang diberi gelaran guru ustaz ustazah atau pensyarah bagi peringkat universiti . Mereka ini semua adalah pendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berjaya bukan sahaja dari segi ilmu akademik tetapi ilmu agama turut diterapkan menjadi santapan rohani agar anak didik mereka menjadi seorang insan yang bertaqwa berilmu dan beramal  serta dapat menjaga hubungan dengan Allah hubungan dengan manusia dan hubungan dengan alam. Sebagai kesimpulannya kita perlu hormat ibu bapa dan semua guru guru kita serta orang orang yang mengajarkan ke arah kebaikan Ini kerana tanpa mu siapa lah kita  firman Allah kita boleh mentaati seorang peminpin itu selagi seorang peminpin itu tidak menyuruh kepada kemungkaran Wallahu'alam semoga mendapat manfaat yang baik itu dari ALLAH

akan bersambung......

No comments:

Post a Comment